Khasiat Halia Dalam Jus Whoda

Rahsia Orang Tua-Tua Dulu Hidup Beratus Tahun. Inilah Kelebihan Halia Yang Mungkin Anda Tak Tahu.

Halia adalah antara herba yang paling menyihatkan. Banyak digunakan dalam masakan tetapi sebenarnya halia juga cukup membantu dalam dunia kecantikan dan kesihatan.

Berikut adalah kebaikan halia untuk kesihatan wanita dan lelaki yang mungkin anda tak pernah tahu...

1. Legakan loya terutamanya morning sickness

Halia telah lama digunakan sebagai pelega mabuk laut. Tidak hairanlah halia amat berkesan untuk digunakan bagi menentang loya. Biasanya halia digunakan untuk melegakan loya dan muntah-muntah selepas pembedahan dan terhadap pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Tetapi penggunaan halia paling berkesan adalah apabila digunakan terhadap loya berkaitan kehamilan seperti morning sickness.

2. Kurangkan sakit otot & kelenguhan

Sifat anti keradangan yang terdapat dalam halia dikatakan berkesan dalam menentang sakit otot akibat senaman. Halia tidak memberi kesan yang segera tetapi mampu mengurangkan sakit otot yang dialami dari sehari ke sehari.

3. Bantu pesakit osteoarthritis

Kesan anti keradangan dalam halia juga mampu mengurangkan simptom-simptom osteoarthritis. Osteoarthritis adalah masalah kesihatan yang melibatkan kelemahan pada sendi tubuh. Ia membawa kepada simptom-simptom seperti sakit sendi dan kekakuan.

4. Rendahkan gula dalam darah

Ada kajian yang menunjukkan bahawa halia memiliki sifat-sifat anti diabetes. Kajian tahun 2015 itu mengkaji 41 orang yang menghidap diabetes tahap 2. Mereka diberi 2 gram serbuk halia setiap sehari bagi merendahkan gula dalam darah sewaktu berpuasa. Keputusannya, ia memperbaiki HbA1c (penanda tahap gula dalam darah buat jangka panjang), sekali gus membawa kepada penurunan 10 peratus dalam masa 12 minggu.

5. Baiki sistem pencernaan kronik

Pencernaan kronik (dyspepsia) boleh dikenal pasti melalui sakit dan rasa tidak selesa berulang kali pada bahagian atas perut. Dipercayai melambatkan proses membuang adalah penyebab utama ketakcernaan. Menariknya, halia dikatakan mampu mempercepatkan pembuangan najis terhadap mereka yang mengalami masalah ini.

6. Kurangkan sakit haid

Salah satu kegunaan halia dalam perubatan tradisional adalah melegakan sakit termasuklah sakit akibat haid. Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 150 orang wanita yang mengambil 1 gram serbuk halia setiap hari selama 3 hari mereka datang haid ia mampu melegakan rasa sakit yang dialami.

7. Merendahkan tahap kolesterol

Tahap kolesterol jahat atau LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Makanan yang anda ambil memiliki pengaruh kuat terhadap tahap LDL. Pengambilan halia dikatakan mampu mengurangkan tahap trigliserid dan LDL kolesterol.

8. Cegahan Demam dan Selesema

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

9. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semula jadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.


HALIA JUGA BAGUS UNTUK ANAK KECIL

Sebenarnya halia bukan sahaja bagus untuk orang dewasa, tetapi bagus untuk bayi seawal lebih lapan bulan. Kesan luar biasa halia boleh meningkatkan kesihatan tubuh badan anak.

1. Hilangkan Selesema

Mungkin ada yang masih tak tahu, betapa mujarabnya halia untuk metrawat anak kecil yang selesema. Caranya, rebus halia dan sejukkan. Berikan minuman halia pada anak yang selesema. Pasti selesema anak akan berkurangan. Jangan lupa, pastikan anda rasa dulu supaya tidak terlalu pahit. Anda juga boleh tambahkan sesudu madu asli untuk anak berusia setahun ke atas.

2. Redakan batuk

Kalau teruk sangat anak batuk, anda wajib cuba petua ini. Campurkan satu sudu jus halia segar bersama biji halba dan beri pada anak minum untuk meredakan batuk.

3. Rawat masalah penghadaman

Percaya atau tidak, halia juga boleh mengurangkan masalah kembung yang selalu dialami anak kecil. Jadi mak-mak boleh sediakan sedikit bubur yang dimasukkan hirisan halia untuk anak. Nak lagi sebati, anda boleh tumbuk halus. Cara ini sesuai untuk anak kecil yang sudah boleh makan.

Jadi seeloknya, pastikan ada halia dalam rumah. Bukan hanya untuk memasak tetapi untuk jaga kesihatan. Selamat mencuba!
Jus Awet Muda Whoda mengandungi HALIA sebagai bahan campuran. 



Whatsapp 018-2926657 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular Posts